NasionalNegeri

Jangan jual atau beli tanah lot lidi – Menteri Besar Perlis

MENTERI Besar, Mohd Shukri Ramli menasihatkan penduduk Perlis supaya tidak sesekali terlibat sama ada menjual ataupun membeli lot-lot lidi.

Beliau berkata, ini kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang yang sedang berkuat kuasa, malah pembeli lot-lot lidi juga tidak boleh mendapat hak milik bagi setiap lot lidi yang telah dibeli.

“Selain itu pembeli lot lidi nanti tidak boleh mewariskan tanah ini kepada ahli keluarga yang berhak,” menjawap soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) pada Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Kangar.

Mohd Shukri berkata, sebagai makluman, pada tahun ini sahaja, Jabatan Tanah dan Galian Perlis secara proaktif mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas dua kes jualan lot lidi.

“Ia melibatkan enam lot lidi di Batu Bertangkup yang melibatkan Tanah Kerajaan , 22 lot lidi di Alor Redis yang melibatkan tanah individu,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Tanah dan Galian Perlis telah mengambil tindakan dengan pengeluaran notis dan mengarahkan tuan tanah untuk memulihkan keadaan tanah yang terlibat kepada syarat asal.

Mohd Shukri berkata, dengan dasar yang sedia ada yang terdapat di Perlis tidak membenarkan pecahan tanah lot lidi dilaksanakan dan ianya bercanggah dengan peraturan yang digariskan di dalam Kanun Tanah Negara (KTN).

“Lot lidi yang dijual secara tidak sah ini, tidak boleh didaftarkan untuk pengeluaran hakmilik,” katanya.

Beliau menambah ini akan memberikan kesan negatif kepada pembeli dan warisnya kelak. – SM

BACA Scammer: Menteri Besar Perlis buat laporan polis

BACA Diskriminasi: Menteri Besar Perlis ikut rentak Sanusi

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button