Rencah Hidup

Peniaga berani tanggung risiko jual durian tempatan

SEKALIPUN durian Thailand dikatakan menjadi pilihan pengguna tetapi peniaga tetap berani mengambil risiko untuk menjual durian tempatan.

Tidak dinafikan harga durian tempatan lebih tinggi berbanding harga durian Thailand tetapi sebenarnya ia tetap laris di pasaran.

Tambahan pula buah bermusim ini akan mulai rendah harganya apabila semakin banyak dipasaran.

Suara Merdeka difahamkan terdapat lebih 200 variasi durian yang telah didaftarkan di Jabatan Pertanian Malaysia.

Jadi tidak hairanlah Malaysia dikatakan pengeluar durian terbanyak berbanding dengan Thailand dan Indonesia.

Jadi peminat durian pastinya ingin merasa variasi terbaharu di pasaran sekaligus melupakan minat terhadap buah durian Thailand sekalipun murah.

Peniaga durian, Ku Majdi Ku Lah, 28, dia menjual durian kahwin Thailand jenis Cheni Telur yang dijual RM13 sekilogram sehingga RM15 sekilogram.

“Saya dapat bekalan ini dari Thailand yang dibawa masuk melalui Durian Burung, Kedah,” katanya.

Dari pengalaman beliau, durian Thailand menjadi pilihan kerana murah.

Salah seorang pembeli, Amiruddin Ramli, 42 dia tidak kisah membeli durian tempatan atau Thailand jika sudah teringin hendak makan Raja Buah ini.

“Saya juga tidak kisah mengenai harga asalkan isinya sedap dan elok,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Syed Khalid Syed Ali, 38 berkata, dia memang menjual durian tempatan sejak berniaga Raja Buah ini.

“Ada sekali saya cuba berniaga durian Thailand tetapi agak sukar untuk menguruskan pembelian melibatkan orang sana,”katanya.

Beliau berkata, pengalaman membeli buah yang tidak cukup masak menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian.

Seorang lagi peniaga, Mohd Affendi Azizan, 40 dia juga tidak pernah menjual durian Thailand walaupun diminati pembeli.

“Pengguna yang menjaga kesihatan enggan membeli durian Thailand yang dikatakan banyak menggunakan bahan kimia,”katanya.

Beliau akui kena berani menanggung risiko tetapi dia percaya pembeli sudah bijak menilai di mana memilih durian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. – SM

(Visited 668 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button