Nasional

Pertukaran lokasi akhir pengebumian jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar

KENYATAAN MEDIA KELUARGA ALLAHYARHAM TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR MENGENAI LOKASI AKHIR PENGEBUMIAN JENAZAH

Tarikh: 22 April 2024

UNTUK SIARAN SERTA-MERTA

Kepada semua Ketua Pengarang:

Rujukan: Laporan Malaysia Gazette bertarikh 20 April 2024 bertajuk Lokasi pengebumian Allahyarham Tun Hanif Omar diubah ke Bukit Kiara
Oleh Kumara Sabapatty

Berhubung dengan perkara di atas, saya bagi pihak keluarga Allahyarham menafikan kenyataan dalam berita tersebut yang seperti berikut:

“Pertukaran lokasi itu difahamkan dilakukan atas permintaan ahli keluarga Allahyarham.”

Untuk memahami situasi sebenar, saya sediakan kronologi seperti berikut:

3.16 pagi: saya mengeluarkan kenyataan pertama memaklumkan pemergian Allahyarham.

6.22 pagi: saya memaklumkan bahawa jenazah akan berada di rumah sehingga jam 10 pagi untuk membenarkan sanak-saudara dan rakan-taulan menziarah. Kemudian, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk urusan pemandian, pengkafanan dan sembahyang jenazah. Tiada maklumat pengebumian dapat diputuskan sehingga mendapat maklum balas Sekretariat PDRM dan Bahagian Kebajikan PDRM.

8.40 pagi: saya mengeluarkan maklumat terakhir iaitu setelah disembahyangkan di Masjid Al-Ikhlas, jenazah akan dibawa ke Masjid PDRM Bukit Aman untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke Bukit Kiara.

Lebih kurang jam 9.45 pagi, saya dimaklumkan oleh PDRM supaya mempertimbangkan untuk jenazah dibawa terus ke Masjid Negara untuk semua urusan sehingga pengebumian di Makam Pahlawan. Setelah berbincang dengan ibu saya, kami bersetuju. Ini merupakan maklumat dan komunikasi terakhir mengenai pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham sehinggalah pengumuman dibuat oleh Imam Masjid Negara memaklumkan bahawa jenazah akan dikebumikan di Bukit Kiara.

Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan oleh pihak Protokol dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan saya sebagai waris dan wakil keluarga.

Kenyataan ini dibuat kerana terdapat khabar bahawa kami sekeluarga yang membuat permohonan pertukaran, dan juga terdapat pihak-pihak yang sudah mula membuat andaian berbaur politik yang tidak sihat.

TAMAT

Kapt (B) Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Haniff – SM

BACA Bekas KPN Tun Hanif Omar meninggal dunia

(Visited 64 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button