Nasional

Wan Suraya dilantik sebagai CEO IIM

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi hari ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa 7 Mac 2022.

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM, pelantikan Datuk Wan Suraya ini adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta membudayakan amalan integriti dan tadbir urus terbaik dapat lebih diperkasakan ke arah menyokong agenda integriti nasional,” ujar Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki.

Sebelum ini, Datuk Wan Suraya pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di pelbagai kementerian di samping berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan.

(Visited 619 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button