Politik

‘Kalau tak boleh guna ‘Tanah Melayu’ hapuskan pas lawatan sosial Sabah, Sarawak’

SABAH dan Sarawak digesa hapuskan pas lawatan sosial bagi pelawat yang datang ke sana meskipun mereka terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri.

Gesaan itu dibuat ekoran kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang tidak bersetuju dengan istilah ‘Tanah Melayu’ bagi Malaysia.

Katanya, istilah tersebut bertentangan kewujudan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 1963.

Justeru, kenyataan Wilfred mengundang kecaman kerana autonomi yang diamalkan di sana juga disifatkan tidak melambangkan penyatuan negeri-negeri di Malaysia.

“Kalau beliau tidak boleh terima istilah ‘Tanah Melayu’ saya minta Sabah dan Sarawak hapuskan autonomi yang mendiskriminasi rakyat dari semenanjung.

BACA > Tergamak tipu orang guna nama anak yatim — Suara Merdeka

“Ini hendak pergi sana pun kena ada pasport (pas lawatan sosial), padahal yang datang itu rakyat Malaysia juga.

“Apatah lagi kalau hendak beli rumah atau tanah dekat sana. Lagilah tak boleh. Tetapi sibuk hendak pertikai penggunaan istilah ‘Tanah Melayu’.”

Demikian tegas Presiden Ikatan Usahawan Kecil dan Serhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd. Redzuan Abdullah kepada Suara Merdeka selepas sebuah sidang akhbar di Kompleks PKNS, Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada autonomi yang diamalkan di Sabah dan Sarawak termasuk penguatkuasaan pas lawatan sosial selama 90 hari bagi rakyat dari Semenanjung.

Terdahulu, Wilfred di lobi Parlimen membantah kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkenaan istilah ‘Tanah Melayu’.

Katanya takrifan ‘Tanah Melayu’ itu salah dari segi fakta dan sejarah. Malah turut menyatakan keluasan Sabah dan Sarawak lebih besar berbanding semenanjung.

BACA > Peniaga SACC Mall, Kompleks PKNS rayu Prec kotakan janji — Suara Merdeka

Wilfred juga menyatakan penggunaan ‘Tanah Melayu’ akan menyebabkan Sabah dan Sarawak terpinggir daripada pembangunan negara.

Bagaimanapun hal demikian dibantah Mohd. Ridzuan yang menyatakan negeri-negeri di semenanjung Malaysia mempunyai raja-raja Melayu.

Justeru penafian terhadap istilah ‘Tanah Melayu’ adalah tidak wajar kerana ia tidak bertentangan dengan Perjanjian Malaysia 1963.

“Fasal isu ketuanan Melayu (Tanah Melayu), semenanjung ini asalnya kita ada Raja-Raja. Jadi kita berhak gelar ‘Tanah Melayu.

“Manakala Sabah dan Sarawak pun sampai sekarang kita tidak usik, mereka ada hak tersendiri.

BACA > Ikhlas gesa pengurusan PKNS bantu penyewa, peniaga — Suara Merdeka

“Kita ada hak masing-masing. Dari semenanjung kita tidak kacau hak Sabah dan Sarawak, kenapa mereka hendak timbulkan isu ‘Tanah Melayu’ pula.

“Tak adillah,” jelasnya. – SM

(Visited 415 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button