Nasional

Bank Rakyat agihkan 1,830 pek daging korban kepada ‘frontliner’, asnaf

BANK Rakyat pada hari ini menyerahkan sebanyak 1,830 pek daging korban khusus kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka sepanjang pandemik Covid-19.

Turut menerima pek korban ialah golongan asnaf yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Agihan yang dilakukan menerusi program Sinar Aidiladha Bank Rakyat itu diadakan serentak di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Masjid Bukit Aman, Auditorium Ibu pejabat Penjara Kajang dan Masjid Hospital Sungai Buloh.

bank rakyat
Sebahagian daripada petugas barisan hadapan yang menerima pek daging korban dari Bank Rakyat.

Menerusi program tersebut, Bank Rakyat telah menyembelih sebanyak 34 ekor lembu yang disumbangkan oleh pelanggan produk Akaun Simpanan-i Tabung Qurban.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman berkata, tahun ini terdapat sebanyak 1,900 orang pendeposit yang telah melanggakan akaun tersebut.

BACA> Raja Muda Perlus saran rejimen Askar Wataniah tingkatkan pengambilan

“Pelaksanaan korban telah dijalankan terlebih dahulu di pusat penyembelihan sebelum disimpan dalam pek kedap udara untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan golongan asnaf.

“Pendeposit dalam akaun tersebut tidak perlu risau kerana mereka hanya masukkan duit dan ibadah korban itu akan kita uruskan dari mula hinggalah ke peringkat pengagihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sinar Aidiladha Bank Rakyat di Masjid Khalid Al-Walid, Mindef, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Kamaruddin Mamat.

Menerusi majlis tersebut, sebanyak 300 anggota ATM telah menerima 300 pek daging korban.

BACA> Kes arwah Adib: Kenakan hukuman lebih berat – Wira Putra

Menurut Mohamad Hanis, sebanyak 300 pek daging korban telah mula diedarkan kepada golongan asnaf dan peserta korban di Menara Kembar Bank Rakyat pada 6 Ogos lalu.

Jelasnya, Bank Rakyat bersama subsidiarinya, Rakyat Management Services Sdn Bhd turut menyumbangkan zakat bernilai RM150 serta keperluan asas seperti beras dan minyak masak kepada 430 golongan asnaf.

“Selain itu, sumbangan zakat berjumlah RM10,000 turut diserahkan kepada empat buah masjid di setiap lokasi yang terlibat,” katanya.

Pelanggan yang berminat melanggan Akaun Simpanan-i Tabung Qurban boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat atau menghubungi 1300805454 atau laman sesawang, www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut. -SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button