Ekonomi

Kumpulan AirAsia ambil langkah betulkan status PN17

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AAGB) sedang merangka pelan untuk menyesuaikan keadaan kewangannya bagi menangani status Nota Amalan 17 (PN17) dan pengumuman berkaitan akan dibuat dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tony Fernandes berkata portfolio syarikat AirAsia yang mantap dan pelbagai akan membolehkannya menjejaki penyelarasan kedudukan kewangannya dengan pantas dan telah memastikan daya maju perniagaannya yang kukuh pada masa hadapan.

“Kami bukan hanya sebuah syarikat penerbangan lagi (iaitu) hanya bergantung kepada tambang penerbangan.

“Kami adalah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup sinergistik, semuanya berada di landasan untuk menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di Asean,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bursa Malaysia pada 13 Jan menolak rayuan syarikat untuk melanjutkan tempoh pelepasan selama 18 bulan daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 yang berakhir pada 7 Jan 2022.

Fernandes berkata AAGB telah menjalankan pelbagai latihan mengumpul dana untuk memperbaiki kedudukan mudah tunainya, sambil meletakkan asas yang kukuh, bukan sahaja bertahan tetapi untuk pulih daripada kesan wabak itu, lebih kuat berbanding sebelum ini dalam masa terdekat.

Beliau berkata kumpulan itu telah mengumpulkan lebih RM2.5 bilion setakat ini, termasuk penempatan persendirian RM336.48 juta pada suku pertama 2021.

Ia juga telah mengumpul RM974.51 juta lagi melalui terbitan hak boleh tolak bagi sekuriti hutang Islam tidak bercagar yang boleh ditebus tujuh tahun dan merancang untuk mengumpul modal tambahan sehingga RM400 juta tahun ini.

Ini akan memastikan kecairan yang mencukupi untuk mengatasi kesan wabak pada 2022, katanya.

Mengenai syarikat penerbangan itu, Fernandes berkata AAGB telah mengurangkan kos dengan ketara dan terus beroperasi di salah satu pangkalan kos terendah di dunia.

“Pemulihan sedang dijalankan untuk industri penerbangan. Kami akan terus meningkatkan operasi domestik dalam pasaran teras kami di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina ke tahap hampir sebelum Covid di beberapa laluan utama,” tambahnya.

 

 

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button