Luar Negara

Kefir, kucing besar di dunia disangkakan anjing

KUCING adalah makhluk berbulu bersaiz kecil yang comel membuatkan pemilik-pemilik kucing sering memeluk mereka namun berbeza dengan seorang pemilik kucing di Rusia iaitu Yulia Minina.

Dia memiliki seekor kucing gergasi bersaiz harimau kumbang dewasa yang diberikan nama Kefir.

Tinggal di Stary Oskol di Rusia, dia mengatakan bahawa baka anak kucing Maine Coon itu dibelinya dua tahun lalu.

Kini, dia mengatakan kebanyakan orang berfikir bahawa kucing putih gergasinya sebenarnya adalah seekor anjing.

Ukuran saiz sebenar kucingnya tidak diketahui tetapi jelas daripada imej bahawa ia lebih panjang daripada kucing rumah biasa.

“Saya tidak menyangka bahawa anak kucing biasa boleh menjadi begitu besar.

“Dia bukan sahaja membesar dari segi rupa, dia juga sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang.

“Kefir mempunyai penampilan yang menggerunkan, tetapi dia seekor kucing yang sangat penyayang dan sederhana,” katanya. – SM

(Visited 531 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button