Nasional

Pengundian di Baram disambung semula hari ini

Proses pengundian bagi kawasan parlimen Baram, yang digantung kerana cuaca buruk pada Sabtu, disambung semula hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kenyataan hari ini memaklumkan pengundian di semua lokasi akan bermula pada 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Pusat mengundi yang beroperasi hari ini ialah Sekolah Kebangsaan Long Naah, Sekolah Kebangsaan Long Luteng, Rumah TK Matthew Belulok Lalo, Kampung Lepo Gahdan, dan Sekolah Kebangsaan Long Sait.

Lokasi lain ialah Sekolah Kebangsaan Long Tungan, Sekolah Kebangsaan Long Moh, Sekolah Kebangsaan Long Mekabar, Sekolah Kebangsaan Long Jekitan, Sekolah Kebangsaan Long Lamei, Sekolah Kebangsaan Lio Mato, Sekolah Kebangsaan Long Banga dan Rumah TK John Jau Wan, Long Semiang.

Kawasan parlimen Baram mempunyai pengundi seramai 59,535 pengundi, di mana berlaku perebutan tiga penjuru antara penyandang Anyi Ngau yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), Roland Engan Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas Wilfred Entika.

Berdasarkan peti undi yang dikumpul dan dikira setakat 8.30 malam Sabtu, Anyi Ngau mendahului dengan 9,109 undi diikuti Roland (5,579 undi) dan Wilfred (138 undi).

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button