Pendidikan

‘Alam Bina didorong Industri’ satu program meningkatkan daya kreativiti di kalangan pelajar Kolej Komuniti

Satu program Projek Alam Bina 2023 bertemakan “ALAM BINA DIDORONG INDUSTRI” telah diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan, Perak dengan penyertaan 12 buah Kolej Komuniti Malaysia selama dua hari (20 & 21 Jun 2023).

Antara produk yang dicipta oleh pelajar

Projek ini diadakan untuk memberi pendedahan dan galakan kepada para pelajar dan pensyarah tentang kepentingan inovasi dan kreativiti dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti kerja yang lebih baik.

Inovasi tidak hanya dapat mempamerkan kecekapan dan kemahiran seseorang pelajar malah dari sudut pembangunan modal insan, ia melahirkan pelajar yang berdaya saing seiring dengan kemahiran yang diperolehi.

Antara produk yang dicipta oleh pelajar

Modal insan yang berkemahiran tinggi merupakan teras kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif dan lebih kompetitif untuk mengharungi cabaran di masa hadapan.

Program ini disertai oleh para pelajar dari program Unit Kejuruteraan Awam dan Alam Bina bagi mempamerkan penghasilan produk melalui matapelajaran projek yang telah dijalankan sewaktu menjalani pengajian pada semester tiga (3).

Projek ini menguji kemahiran teori dan praktikal kepada semua pelajar-pelajar dalam penghasilan produk-produk untuk dipertandingkan. Saya yakin, dalam sepanjang proses penghasilan produk, pelbagai elemen kreativiti, pemikiran kritis, semangat keusahawanan telah dicungkil dan ditonjolkan.

Antara produk yang dicipta oleh pelajar

Menurut Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Encik Mohd Noor bin Shahudin, satu inisiatif untuk menggalakkan para pelajar kolej komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi amnya dalam membudayakan inovasi dan kreativiti.

“Saya amat menggalakkan program dan aktiviti seumpama ini diadakan setiap tahun agar para pelajar diberi ruang dan peluang untuk mengetengahkan idea dan hasil ciptaan dan inovasi mereka supaya ia menjadi budaya kepada golongan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara.

“Buat para pendidik, selain daripada kita memastikan tahap penguasaan pelajar menepati aktiviti yang telah dirancang, pendidik berupaya melahirkan pelajar- pelajar yang berdaya saing, berakhlak mulia dan bersemangat waja melalui pendidikan berterusan, latihan kerja teknikal dan latihan semula kemahiran agar mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan teknologi baru.

“Dengan tindakan yang konsisten, ia dapat melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berbakat bagi meningkatkan daya saing negara dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dalam kalangan golongan muda agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing yang kurang berkemahiran, tambahnya lagi.” Ujarnya semasa majlis perasmian.

Antara produk yang dicipta oleh pelajar

ProAlBi 2023 adalah Anjuran Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dengan kerjasama Kolej Komuniti Teluk Intan.

Ianya merupakan penglibatan 5 program di bawah Unit Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Projek ini menerima penyertaan dari 25 pasukan dan 75 orang peserta.

Antara Peserta yang terlibat dari Borneo iaitu Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah dan Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak.

Antara para pelajar terlibat

Manakala peserta dari Semenanjung dari Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Bentong, Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Teluk Intan, Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Komuniti Selandar dan Kolej Komunitii Masjid Tanah.

Artkle Berkaitan:>

Semua murid dapat peluang pendidikan, TVET – KPM

UPSI kerjasama tiga organisasi perkasa bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak

LIMA ‘23 – UPSI jalin kerjasama industri teknologi penerbangan, teroka bidang Augmented Reality dalam pendidikan

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button