NasionalNegeri

Kualiti semula jadi perlu kepada seorang pemimpin – Raja Muda Perlis

Kepimpinan adalah satu proses pengaruh sosial yang memaksimumkan usaha pasukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ia adalah ‘seni’ dalam memotivasikan sekumpulan orang untuk bertindak bersama ke arah matlamat yang sama.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Mata Ater, Perlis baru-baru ini.

Pemimpin yang hebat memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahannya, yang membantu mereka untuk mempelajari banyak lagi kemahiran baharu, meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka yang hebat dan merebut peluang untuk pembangunan peribadi.

Kualiti semula jadi tertentu diperlukan untuk seorang pemimpin tetapi kualiti kepimpinan hebat lain hanya boleh berkembang melalui pengalaman dan amalan.

Oleh itu, kualiti kepimpinan yang kukuh hanya boleh dimainkan sepenuhnya apabila mereka dilatih dan disempurnakan melalui pendidikan, latihan dan juga pengalaman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada seorang asnaf sempena mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Mata Ayer, Perlis baru-baru ini.

Demilian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Mata Ayer, Perlis baru-baru ini.

Kayuhan menyantuni asnaf terpilih sejauh 18 kilometer itu turut disertai sama oleh ketua-ketua jabatan dari pelbagai agensi Negeri dan juga Persekutuan serta syarikat swasta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan menyerahkan bantuan MAIPs berupa wang tunai sebanyak RM700 kepada setiap penerima berserta ‘Kits MAIPs Peduli’ berisi bahan makanan mentah dan beras fidyah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Mata Ayer, Perlis baru-baru ini

Kalsum Din, 75 Fatimah Awang, 80 dan Salleh Din, 74 adalah yang bernasib baik terpilih menerima bantuan dan juga kunjungan Raja Muda pada sesi kali ini. – SM

BACA Pemimpin kena beri hala tuju kepada orang bawahan – Raja Muda

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button