Politik

Pengundian awal di Kem Terendak patuhi SOP

 

MELAKA 16 Nov. – Seramai 9,565 anggota tentera menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kem Terendak bermula pukul 8.00 pagi tadi.

Empat lokasi tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 1, SK Kem Terendak 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak dan Dewan Borhan.

Kesemua lokasi berkenaan diberikan kawalan ketat di pintu masuk tempat pengundian sebagai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

Sejak 7.30 pagi anggota tentera pelbagai pangkat mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal serta dikawal ketat oleh anggota tentera yang bertugas di semua lokasi tersebut.

Setiap pengundi dilihat menjalani imbasan suhu di kaunter saringan suhu badan yang disediakan di semua tempat mengundi.

Kesemua pengundi mematuhi SOP yang ditetapkan tanpa sebarang masalah yang timbul di tempat pengundian.

Kawalan ketat itu dibuat sebagai pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dilaksanakan ketika proses itu berlangsung.

Seramai 9,565 anggota tentera di Kem Terendak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di mana seramai 1,374 mengundi di SK Terendak 1, 3,359 pengundi pula di SK Terendak 2, 3,391 di SMK Kem Terendak dan 1,441 di Dewan Borhan.

Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 16 November.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button