Politik

Pengundi Tambun diingatkan jangan undi PH dikuasai DAP- Muhyiddin

Oleh Norliza Abdullah Yusuf

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya berjaya mengambil alih kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PH) berkata, Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan itu lebih 20 tahun lalu ketika dia berkrisis dengan Tun Mahathir.

Kata Muhyiddin, Anwar cuba untuk  mendapatkan sokongan daripada menteri-menteri  termasuk beliau  sendiri yang menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan.

“Ketika krisis berkenaan, negara sedang menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan diiktkiraf sebagai kejohanan paling berjaya,” katanya ketika berucap pada Program Ceramah Jelajah PN Best, di Tambun, Ipoh, malam tadi.

Namun Muhyiddin berkata, pada 2020 ketika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar ada mengunjung beliau.

“Anwar sudah lebih 20 tuhun meninggalkan sistem pentadbiran negara dan tidak relevan untuk dia dilantik sebagai perdana menteri.

“Beliau tidak berpengalaman mentadbir terutama dalam situasi negara berhadapan dengan cabaran kesan pasca Covid-19 dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu,” ujar Muhyiddin.

Tegas Muhyiddin, tindakan beliau meninggalkan PH disebabkan desakan melampau daripada pucuk pimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

“Ketika PH menjadi kerajaan selama 22 bulan, banyak peruntukan kepada agensi pembangunan usahawan cuba disabotaj. Tindakan itu bercanggah dengan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Ada bukti pada 2019, Guan Eng menulis surat kepada Tun Mahathir meminta supaya revolving fund EKUINAS berjumlah RM2.4 bilion dikembalikan kepada Kementerian Kewangan dan EKUINAS yang juga agensi utama membangunkan usahawan Bumiputera ditutup.

“Cubaan Guan Eng itu gagal kerana dibantah oleh Datuk Seri Azmin Ali yang menjawat jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika itu,” jelas Muhyiddin.

Beliau berkata, kesan cubaan menutup EKUINAS tidak berjaya, Guan Eng hanya memperuntukkan RM100 juta pada Bajet 2020.

“Peruntukan hanya RM100 juta sedangkan  fungsi EKUINAS ialah untuk menyuntik modal pelaburan dalam sektor strategik dan kompetitif untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam rantaian ekonomi bernilai tambah tinggi. Ini adalah satu bentuk sabotaj terhadap Agenda Bumiputera.

“Jadi jangan tanya saya lagi kenapa saya dan rakan-rakan yang lain tinggalkan PH.  Saya ingatkan pengundi Tambun supaya jangan undi PH yang dikuasai oleh DAP,” katanya. – SM

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button