Nasional
Trending

Moratorium: Faedah, pendapatan utama bank

FAEDAH atau istilah ‘interest’ yang dikenakan ke atas sesuatu pinjaman adalah sumber pendapatan utama bank.

Menerusi pendapatan itu juga pelbagai kos dapat ditanggung seperti pembayaran gaji kakitangan dan operasi.

[BACA] Pakej rangsangan ekonomi hadir tepat dalam waktu sukar — Suara Merdeka

Malah, menerusi faedah juga keuntungan atau dividen dapat dibayar kepada pendeposit akaun simpanan tetap (fixed deposit).

Oleh demikian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menasihatkan peminjam supaya membayar ansuran dalam tempoh penangguhan.

Menurutnya, pembayaran semula itu boleh mengelak daripada dikenakan faedah terkumpul.

“Saya juga tahu ramai yang kurang puas hati bahawa bank-bank akan terus mengira dan mengenakan faedah dalam tempoh penangguhan bayaran.

“Bank masih ada kos operasi serta kos kakitangan mereka sepanjang tempoh penangguhan ini.

“Sebab itu kita perlu faham dan bertolak-ansur. Jika kita mampu bayar ansuran dalam tempoh penangguhan 6 bulan ini, bayar sahaja untuk kurangkan faedah terkumpul,” katanya dalam Facebook malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu tular berkenaan kemudahan moratorium dan pembayaran faedah yang dikenakan dalam tempoh enam bulan itu.

Tambah Najib, beliau juga menyifatkan kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai betul dan bukan pusingan ‘U’ (u-turn).

[BACA] Kerajaan akan bela rakyat dalam sebarang situasi — Suara Merdeka
[BACA] Moratorium: Peminjam koperasi perlu penangguhan — Suara Merdeka

Katanya, penjelasan mengenai kadar faedah sudahpun dimaklumkan lebih awal ketika Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat diumumkan.

“Saya pelik kenapa ramai yang kata BNM u-turn dan bank-bank tetap akan mengenakan faedah ke atas pinjaman walaupun mereka memberikan moratorium ataupun tangguhan bayaran enam bulan,” soalnya.

Jelasnya lagi, persoalan kadar faedah itu juga sudahpun dijelaskan dalam soalan lazim BNM pada 26 Mac lepas.

“Faedah akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaranbalik pinjaman yang ditangguhkan dan peminjam perlu menunaikan pembayaran balik tertangguh pada masa akan datang.

“Pembayaran balik pinjaman/pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan,” jelasnya.

Terdahulu Suara Merdeka melaporkan BNM dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengumumkan dua pilihan yang boleh dipilih oleh peminjam.

Peminjam boleh memilih sama ada meneruskan pembayaran seperti biasa atau mengambil moratorium berserta tunggakan faedah dan tambahan enam bulan tempoh bayaran balik.

[BACA] Covid-19: Korea Selatan tiada jangkitan domestik hari ini — Suara Merdeka
[BACA] Moratorium: BNM ubah fikiran, faedah dikenakan — Suara Merdeka

Bagaimanapun, caj lewat tidak akan dikenakan pada bulan April dan Mei. Sebaliknya caj tersebut akan dimasukkan bersama faedah bermula bulan Julai. – SM

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button