Nasional

10 sekolah rendah di Perlis laksana sistem penggiliran

HANYA 10 daripada 74 sekolah rendah di Perlis melaksanakan sistem penggiliran persekolahan bagi Penggal Pertama Sesi 2022/2023 yang bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman berkata, ini berikutan jumlah murid-murid di sekolah terbabit melebihi 600 orang.

NAHARUDEEN OTHMAN

Beliau berkata, sistem penggiliran ini akan melibatkan murid Tahun 3, 4 dan 5.

“Manakala sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah (980 murid), SK Pauh (863), SK Sena (874), SK Seri Indera (804), Sekolah Rendah Islam 1 (805), SK Kayang (740),

“SK Kuala Perlis (749), SK Jejawi (657), SK Simpang Empat (738) dan Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Khoon Aik (679),” katanya di sini hari ini.

Naharudeen berkata, semua pelajar sekolah menengah juga akan terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kecuali pelajar Tingkatan 5.

Bagaimanapun katanya, mulai 4 April ini semua akan menjalani persekolahan bersemuka seperti biasa.

Naharudeen berkata, sehingga kini jumlah pelajar sekolah rendah di negeri ini sebanyak 25, 865 orang manakala sekolah menengah pula 19, 841 orang.

Beliau berkata, dengan bermula persekolahan pada penggal ini bermakna pihaknya juga akan mengamalkan Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 lalu.

Tambah beliau, semoga dengan pelaksanaan ini tidak akan membebankan guru serta murid kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button