NegeriRencah Hidup

Sushi Melayu pancing pengunjung di Nat Ban Chin, Satun

TENGOK sushi yang diinovasikan dengan selera Melayu memang membuatkan para peminatnya jadi tidak keruan sehingga rambang mata.

Antara Sushi Melayu jenis baharu yang dijual peniaga.

Mana tidaknya bukan sahaja nampak lebih cantik dari sushi tulen dari Jepun malah menggunakan bahan yang digunakan bagi memenuhi selera orang tempatan.

Tapi sushi selera Melayu ini bukan di Malaysia tetapi dihasilkan oleh Melayu Islam yang tinggal di Daerah Satun, selatan Thailand.

Sushi Melayu ini adalah antara makanan yang menjadi tumpuan peminatnya turut dijual di Pasar Sehari atau Nat Ban Chin yang merupakan sebuah pekan kecil orang Cina di Daerah Satun.

Kalau bukan peminat sushipun, pasti akan tertarik untuk singgah sekejap melihat “kecantikan dan keunikannya”.

Hargapun pula hanya 10 bath lebih kurang RM1.30 sen bagi setiap biji.

Norhanan dan anaknya sibuk memilih pelbagai Sushi Melayu di Nat Ban Chin, Satun, selatan Thailand.

Salah seorang peminat sushi dari Malaysia, Norhanan Hassan, 58 mengakui akan membeli sushi setiap kali ke Nat Ban Chin untuk dibawa balik.

Beliau pun mengaku nampak semuanya menarik dan sedap sampai keliru hendak pilih yang mana satu.

“Apa yang menarik, peniaga di sini pun memang pandai kerana ada saja sushi baharu yang dijual setiap kali saya datang,” kata Norhanan yang suka berkunjung ke pasar ini beberapa bulan sekali.

Sushi Melayu cantik dan berwarna-warni.

Katanya, selain membeli jenis sushi yang diminatinya, anaknya pula suka membeli sushi berbentuk muka kartun.

Apa yang jelas Sushi Melayu ini bukan saja berjaya memancing selera orang dewasa malah juga kanak-kanak. – SM

BACA “Lockkan” pasar malam Du Son, Satun, syurga makanan wajib lawat

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button