Uncategorized

Pengsan selepas berlakon jadi pocong

PENGSAN hingga muka tersembam ke tanah ketika ikatan tali dibuka selepas berlakon menjadi watak pocong.

Itu kejadian aneh yang berlaku di set pengambaran Khaenak: Serangan Pocong yang akan diayangkan di saluran Astro First.

Pengarahnya, Emma Kasmuri berkata, kejadia berlaku ketika hari kedua penggambaran dijalankan.

“Ketika hari kedua penggambaran, sewaktu babak buka ikatan tali pocong dilakukan ketika pukul 12.00 tengah malam, pelakon yang membawakan watak pocong itu tiba-tiba pengsan.

“Saya ada di lokasi kejadian ketika itu, dan melihat sendiri apa yang berlaku. Pelakon terlibat
pengsan sehingga muka dia tersembam ke tanah,” ujarnya.

Menurutnya, pelakon berkenaan dibawa ke hospital dan pihaknya lega apabila tidak ada kecederaan serius berlaku terhadap pelakon berkenaan, bagaimanapun ia terpaksa digantikan pelakon lain.

“Sebenarnya, sebelum kejadian itu, pelakon utama iaitu Apak ada mengalami kejadian aneh.

“Ia berlaku ketika babak menunggu pocong atas motor, Apak terasa seolah ada yang menarik kakinya.. Apabila penggambaran selesai, barulah dia menceritakan tentang apa yang telah berlaku,” ujarnya.

Jelasnya, kejadian-kejadian sebegitu tidak pernah dilalui ketika penggambaran dua filem sebelumnya dan ia pertama kali berlaku dalam siri kali ini.

Bercerita mengenai filem seram komedi tersebut, jelas Emma, karyanya itu adalah kesinambungan daripada Khaenak 1 dan 2 yang sebelum ini mendapat sambutan baik selepas ditayangan di saluran YouTube.

“Kalau diikutkan judul filem ini adalah Khaenak 3, tetapi bila kami kemukakan kepada Astro First, saya tak sangka mereka berminat.

“Kemudian kami gantikan angka ‘3’ itu dan menggunakan judul Khaenak: Serangan Pocong.

“Ini adalah filem sulung kami yang akan ditayangkan di Astro First,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kos penerbitan pula, Emma berkata, pada mulanya ia menelan belanja sebanyak RM50,000 sahaja.

Bagaimanapun, apabila filem lulus untuk disiarkan di Astro First, kos penerbitannya semakin
meningkat.

“Kami perlu shoot beberapa scene tambahan dan terpaksa mengubah dari sudut editing serta colour yang bersesuaian mengikut quality control (QC) bagi memenuhi standard filem.”

“Akhirnya kos keseluruhan mencecah RM150,000 termasuk kos promosi dan iklan menjadikan Khaenak dikategorikan sebagai Indie Film dengan bajet rendah,” jelasnya.

Sebelum ini, Khaenak dikenali dengan watak utamanya hantu pontianak yang terkenal dengan panggilan Meknak tetapi kali ini Khaenak membawa kelainan dengan menampilkan watak hantu pocong bagi menggantikan hantu golek yang sinonim dengan emas, perhiasan yang digilai wanita Kelantan.

Khaenak: Serangan Pocong kisah berlatarbelakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.

Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.

Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong; ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur. -SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button