Politik

Pilih Mahathir bukan bermakna abaikan Anwar

DAP dan Amanah tidak mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini adalah pilihan yang paling berkemungkinan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.

Pemimpin vateran DAP, Lim Kit Siang berkata, persoalan yang berlegar di dalam fikiran ramai orang sekarang adalah kenapa DAP dan Amanah memilih Mahathir Mohamad sebagai calon perdana Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim.

“Mereka silap. DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini pilihan yang paling berkemungkinan untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kita tidak boleh terus dibelenggu dengan sejarah silam, jika tidak, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku,” kata Kit Siang yang dipetik dari blognya.

Pada masa yang sama kata Kit Siang, tidak boleh bersifat oportunistik atau mengorbankan prinsip-prinsip asas untuk membawa reformasi kepada institusi-institusi negara dan membawa perubahan secara demokratik.

Katanya, kesilapan telah berlaku sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dan kita tidak boleh mengulangi semula kesilapan-kesilapan ini jika kita berjaya mengembalikan semula mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Selesainya persoalan mengenai calon Perdana Menteri dan perihal peralihan kuasa di antara Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh, satu sistem untuk mencapai persetujuan berkenaan lantikan utama dalam pakatan haruslah dipersetujui.

“Namun, kita harus bersifat realistik. Dengan semua faktor ini sekalipun, tidak ada jaminan yang kita akan berjaya untuk mengembalikan semula mandat rakyat ini.

“Seperti yang dinyatakan secara bersama oleh Setiausaha Agung DAP dan Presiden Amanah dalam kenyataan bersama mereka semalam, dan seperti yang dapat dilihat dalam mesyuarat sekretariat Pakatan Harapan dan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh para pemimpin tiga parti PH ini, Pakatan Harapan akan terus bersama sebagai satu unit politik yang bersatu teguh untuk menyatukan semua kumpulan politik dalam negara yang berkongsi aspirasi untuk menyelamatkan Malaysia dengan melaksanakan reformasi institusi dan membawa perubahan demokratik dalam negara kita,” katanya. – SM

(Visited 503 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button