Rencah Hidup

Pengotornya masak mi segera dalam sinki bilik hotel

PENGOTOR! Heboh di media sosial TikTok dan Twitter perbuatan sekumpulan lelaki yang memasak mi segera di dalam singki di sebuah hotel.

Melihatkan perbuatan mereka yang menjijikkan, kembang tekak dibuatnya sambil terfikir, mengapa bodoh sangat melakukan perbuatan seperti itu?

Atau sengaja melakukannya kerana mahu mengisi konten media sosial selain mahu menarik perhatian penonton dan netizen.

Menerusi video berdurasi 19 saat, pada ruangan komen TikTok, pemilik video berkenaan menerangkan, perbuatan memasak mi segera dalam singki dilakukan kerana ketiadaan mi segera dalam cawan yang dijual berdekatan dengan hotel penginapan.

“Macam ini ceritanya. Kita orang lapar dan supermarket KK sahaja yang buka. Memang nak beli maggi cup tetapi tiada. Kawan saya ni lapar sangat jadi dia basuh singki tu, kemudian letak air panas kemudian letak maggi.


“Masalahnya kawsan makan habis mati, saya makan dua suap je. Dan kalau korang nak tahu rasa dia kan, rasa tawar. Tak rasa maggi sebab air banyak sangat,” tulisnya.

Biar apa pun alasan sekumpulan lelaki ini, mereka terlupa bahawa sinki dalam bilik hotel digunakan ramai orang dan dalam keadaan pandemik Covid-19, tidak terjamin sinki itu dicuci bersih.

Samatelah orang menggunakan sinki itu untuk memberus gigi, meludah dan termasuk ada yang menggunakan sinki untuk mencuci tangan selepas membasuh berak anak kecil.

Andaikata sinki itu tersumbat gara-gara memasak mi segera di dalamnya, tidakkah menyusahkan pekerja hotel (housekeeping). – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button