Nasional

Pengorbanan 1,000 veteran angkatan tentera terbela

Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 1,000 veteran ATM, melibatkan anggota veteran termasuk balu dan waris Veteran ATM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh
Melaka, hari ini.

Penganugerahan ini adalah merupakan kurniaan atas keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara sesuai dengan tarafnya sebagai “campaign medal” yang berlandaskan perjuangan veteran dalam menggalas tanggungjawab memlihara keselamatan dan kedaulatan negara dengan penuh taat setia.

Selain itu, penganugerahan ini juga adalah sebagai tanda penghargaan masyarakat di atas jasa pahlawan negara sehingga negara dapat menikmati keamanan hari ini.

Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM sejak 3 Mac 2004. Sehingga hari ini, seramai 48,346 warga veteran ATM yang memenuhi syarat telah menerima PJM. PJM juga adalah antara pingat terkanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).

Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dengan nasib dan hal ehwal yang berkaitan dengan Veteran ATM dengan memastikan kesejahteraan mereka terpelihara melalui ransformasi Kesejahteraan Veteran ATM dalam Pelan Strategik Mindef 2021 – 2025.

Usaha memperkasa veteran ATM akan diperkemaskan lagi melalui inisiatif-inisiatif yang telah digariskan di dalam Amanat Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan: Fokus 4 – Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan warga pertahanan.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Melaka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button