Politik

“Saya pilih Pas, kerana saya perlu jawab di akhirat” – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa berkata beliau telah berfikir secara mendalam termasuk soal akhirat sebelum memutuskan untuk menyertai Pas.

Menurut Annuar, setiap keputusan dan landasan perjuangan politik yang dibuat perlu dijawab di akhirat kelak.

Oleh itu beliau memutuskan untuk tidak merayu status keahliannya di dalam UMNO selepas dipecat kerana merasakan sudah sampai beliau melakukan reset politik sendiri.

Apatah lagi ujar beliau, UMNO kini bersekongkol dengan parti yang tidak memperjuangkan Islam, iaitu DAP sebuah parti ekstrem sosialis.

UMNO juga sudah tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu, tetapi sibuk menyuci dan menjayakan perjuangan DAP.

Sebelum ini, ujar beliau, ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana  menteri, banyak dasar dapat dilaksanakan untuk kebaikan Melayu dan Islam.

Namun, situasi itu sudah jauh berbeza apabila UMNO hanya menjadi parti tempelan.

Annuar turut menjelaskan tiada sebarang syarat diletakkan untuk beliau menyertai Pas.

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button