Luar Negara

Pengiraan undi pilihan raya presiden AS tegang, demonstrasi di seluruh negara

KUMPULAN-KUMPULAN kecil penunjuk perajaan berkumpul di depan pejabat pilihan raya di negeri-negeri yang beralih sokongan daripada Republikan kepada Demokrat termasuk di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat ketika pengiraan undi untuk pemilihan presiden negara itu masih berterusan.

Tunjuk perasaan yang berlaku itu menunjukkan ketegangan yang ketara dalam pemilihan presiden antara Donald Trump dan Joe Biden, yang disifatkan masih terlalu awal untuk menentukan pemenangnya.

Di Michigan di mana pada permulaannya menunjukan Trump mendahului kiraan, kumpulan kecil penyokongnya meneriakkan supaya dihentikan pengiraan di luar pusat konvensyen Detroit di mana undi sedang di kira pada Rabu.

Michigan merupakan negeri yang paling sengit dan Biden diramal memenanginya.

Malah di Phoenix, Arizona, di mana Trump ketinggalan pada pengiraan awal, sekumpulan penyokongnya berkumpul di luar pusat pengiraan undi sambil melaungkan “kira undi”. Arizona merupakan satu lagi negeri penentu alam pilihan raya presiden kali yang masih belum selesai.
Penyokong Trump berarak pada malam Rabu di luar pusat pengiraan undi daerah Maricopa di Phoenix.
“Saya tidak faham objketif para penunjuk perasaan ini,” kata Setiusaha Negeri Arizona, Katie Hobbs dari Demokrat.
Katanya, sudah tentu semua undi akan dikira  kerana ia merupaka satu tanggungjawab di bawah undang-undang.
Yang membimbangkan sebahagian daripada penunjuk perasaan itu membawa senjata.
“Ini apa yang anda lihat apabila orang ramai merasakan hak mereka telah dirampas,” kata pemimpin NGO Lindungi Undi Kita, Rich Garella.
Beberapa kumpulan lain berkumpul di lokasi-lokasi lain seperti di New York, Seattle dan Los Angeles sambil meminta semua kertas undi di kira.
Di New York sekurang-kurangnya 30 orang di tahan polis kerana cuba ‘merampas’ perhimpunan aman dengan menyalakan api, melempar sampah dan telur di Manhattan.
Datuk Bandar New York,Bill de Blasio berkata secara relatifnya bilangan penunjuk perasaan itu lebih kecil daripada apa yang dijangka.
“Majoriti penduduk hanya mahu melihat keputusan pilihan raya yang adil,” katanya.
Demonstrasi yang berlaku pula bukan semuanya berkaitan dengan pilihan raya presiden. Di Seattle, ada yang mendesak supaya setiap undi dilindungi sementara kumpulan yang lain pula menyokong Black Lives Matter. – CNN
(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button