Pengiraan subsidi RON95 berdasarkan pendapatan boleh guna bersih – Rafizi
MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan kini dalam fasa memperhalusi keputusan pengkelasan dan kelayakan berkaitan penerima subsidi RON95i.
”Ini bagi memastikan pengukuran dan penyasaran yang lebih tepat dan adil dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datyuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya).
Radzi bertanya berkaitan bila subsidi bersasar petrol akan dilaksanakan dan memohon penjelasan apakah pendekatan yang akan diambil kementerian bagi memastikan golongan yang terkesan menerima bantuan sewajarnya.
Rafizi menjelaskan, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun 2025.
Katanya, maklumat Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) isi rumah akan diperolehi melalui PADU dengan menggunakan pendekatan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PKAW).