Nasional

Tiada lanjutan tempoh daftar Padu-Rafizi

KERAJAAN tidak akan melanjutkan tarikh akhir 31 Mac untuk mendaftar maklumat di Pangkalan Data Utama (Padu) kerana ia akan menjejaskan rancangan untuk melaksanakan subsidi bersasar menjelang akhir tahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

“Kita perlu mengikut tempoh untuk melaksanakan subsidi yang disasarkan. Jika saya mempunyai lebih masa, saya akan melanjutkan (tarikh akhir),” kata Rafizi pada majlis town hall di sini untuk membincangkan kadar pendaftaran Padu yang rendah.

“Bagaimanapun, sebarang pelanjutan sekarang akan melambatkan lagi tempoh yang telah kami tetapkan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan menanggung kira-kira RM2 bilion subsidi diesel setiap bulan.

Beliau menjawab soalan salah seorang hadirin sama ada kerajaan akan melanjutkan tarikh akhir selepas 31 Mac.

Semalam, seorang Exco kerajaan negeri Perak berkata beliau berharap tarikh akhir pendaftaran Padu dilanjutkan bagi memastikan semua 1.8 juta penduduk di negeri itu mendaftar.

Dalam laporan Bernama, Azlan Helmi, yang memegang portfolio komunikasi, multimedia dan NGO, berkata hampir 50% penduduk di Perak masih belum mendaftar dalam Padu, yang kebanyakannya berada di luar bandar. – SM

BACA Tidak kemas kini data PADU mungkin tidak dapat bantuan kerajaan

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button