Nasional

KWP wujudkan 14 unit suntik vaksin bergerak

GOLONGAN gelandangan mula disuntik vaksin Covid-19 bagi melindungi kumpulan tidak bernasib baik itu daripada dijangkiti virus maut tersebut.

Sekumpulan gelandangan mendapat suntikan vaksin tersebut di Anjung Kelana, Taman Desa di ibu negara yang turut disaksikan oleh Meteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

“Hari ini sepatutnya 119 tapi ada juga gelandangan yang tak nak divaksin. Jadi kita akan pujuklah. Ini dasar tidak wajib. Masih sukarela. Jadi saya pun tak nak paksa.

“Ini adalah kumpulan pertama. Kita ada 135 gelandangan yang telah diselamatkan dua hari lepas di sekitar Kuala Lumpur. Mereka ada di pusat transit di Sentul. Mereka menjalani ujian calitan Covid-19 dulu tunggu 14 hari selepas itu sambung fasa kedua beri vaksin kepada gelandangan,” kata Annuar.

Pemberian vaksin itu juga merupakan projek rintis KWP untuk mewujudkan unit vaksin bergerak bagi memberikan perkhidmatan suntikan vaksin kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

Unit vaksin bergerak tersebut merupakan yang pertama di negara ini dengan kerjasama Kementeri Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

KWP menyasarkan untuk mewujudkan 14 unit vaksin bergerak di sekitar Wilayan Persekutuan dengan setiap unit disasarkan memberi 300 dos suntikan kepada penduduk untuk mewujudkan komuniti berkelompok yang telah divaksin.

“Ini adalah pilot projek untuk melihat sistem seperti pendaftaran, kalau ada penglibatan staf bukan KKM yang tidak dilatih. Saya perhatikan ada beberapa kelemahan tadi. KKM pakai pelindung muka, pelitup muka, sarung tangan. Tapi di sini saya lihat tak patuh sepenuhnya. Jadi kita kena perbaiki.

“Kemudian kita mulakan dengan tiga unit pakai trak wilayah, kemudian dalam tempoh sebulan selepas sistem teratur lagi empat. Harap ada tujuh unit vaksin bergerak. Saya sedang berunding dengan sebuat unit swasta lagi tujuh. Asal kita rancang tiga akhirnya ada 14 unit vaksin bergerak,” kata Annuar kepada media.

Katanya, KWP akan menyelaraskan penjadualan 14 unit vaksin bergerak tersebut dengan sasaran menyuntik 3,000 hingga 4,000 penduduk sehari.

Sementara itu, Annuar memaklumkan KWP akan menjalankan ujian calitan Covid-19 secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

Pihaknya kini sedang melakukan penyusuan jadual dan mendapatkan prosedur operasi standar kerana ia akan melibatkan ramai sukarelawan yang akan dilatih cara untuk melakukan ujian tersebut.

Ujian calitan besar-besaran pertama akan dimulakan bulan pertama bulan Jun nanti dengan 20,000 kit dan tempahan kedua sebanyak 20,000 kit lagi akan sampai 8 Jun.

“Ini akan diberikan secara percuma dan kita sedang menentukan berapa pusat. Saya cuba, kalau cukup kakitangan setiap kawasan Parlimen ada satu pusat dan akan diberikan berapa ribu kit ujian. Saya akan tengok sambutan kalau baik dan perlu tambah, kita tambah.

“Ada empat kawasan di Kuala Lumpur telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana itu kita ambil keputusan untuk buat ujian Covid-19 secara besar kerana khuatir di PPR lain ada kes pembawa virus yang tidak mempunyai simptom. Mereka tidak buat ujian kerana kena bayar mahal,” jelas beliau.-SM

 

 

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button