Nasional

Penghantar makanan maut motosikal langgar lori

MELAKA 21 Februari – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superetendan Arshad Abu berkata, penunggang yang maut itu dikenali sebagai Jannahtul Firdaus Jailani, 24, beralamat di No 7 Jalan PRI 22 Taman Paya Rumput Indah 76450 Melaka
meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu lori Mitsubishi dikenali sebagai Muhammad Farid Kamarudin, 34, dari Taman Sayung

Pinang, Kulai, Johor pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan dari Gangsa menghala ke Taman Merdeka manakala motosikal ditunggang Jannahtul Firdaus pula dari arah yang sama tetapi ke arah Batu Berendam.

“Ketika lori berkenan berada di kawasan bulatan Seri Bayan, motosikal dinaiki mangsa telah melanggar bahagian tepi sebelah kanan lori tersebut.

“Terdapat geseran ditemui di lokasi kemalangan walaupun tiada saksi yang tampil untuk membantu siasatan berhubung kemalangan maut itu,” ujarnya di sini hari ini.

Arshad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani proses bedah siasat.

Menurutnya, kes tersebut disiasata mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button