Parlimen

Penggunaan lampu jalan berkuasa solar diperluaskan seluruh negara

KERAJAAN akan memperluaskan pemasangan lampu jalan LED berkuasa solar di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar yang terbukti menjimatkan kos elektrik.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menjadikan empat kampung di Sarawak dan Perak sebagai projek perintis dalam memperkenalkan lampu jalan berkuasa solar di negara ini.

Kampung-kampung terlibat adalah Kampung Sungai Tiang dan Sungai Kejar di Ulu Perak dan Kampung Long Semado dan Kampung Long Sukang di Sarawak.

“KPLB sedang melakukan projek dua kampung, satu kampung di Sungai Tiang, Sungai Kejar di Ulu Perak dan di Sarawak, Kampung Long Semado dan Kampung Long Sukang bagi memastikan konsep baharu LED solar dapat kita yakinkan untuk diperluaskan di seluruh negara bagi menjimatkan kos,” kata Menteri KPLB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Abd. Latiff berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Sabak Bernam (Bersatu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh tentang projek lampu jalan berkuasa solar untuk lampu jalan di luar bandar yang didapati lebih menjimatkan termasuk di kawasan Parlimen Sabak Bernam.-SM

 

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button