Negeri

Pengguna terima bekalan air paling kurang 4 hari lagi

PENGGUNA di Lembah Kelang dijangka akan menerima semula bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman, berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

“LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut. Ujian bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit antara satu bacaan.

“Apabila LRA ini mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Air Selangor di sini, hari ini.

Setakat jam 2.30 petang hari ini pencemaran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan berada pada tahap 1 TON.-SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button