Hiburan

Pengguna FB, dua pegawai polis disiasat dedah maklumat operasi tangkapan Long Tiger

PENGGUNA Facebook yang bernama “Jebat JD” dan dua pegawai polis disiasat atas tindakan mendedahkan maklumat sulit berhubung operasi tangkapan lelaki Rohingnya dikenali sebagai “Long Tiger”.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan sudah dibuka terhadap tiga individu tersebut

“Seorang suspek disiasat, iaitu pemilik FB Jebat JD. Kita dah buka kertas siasatan terhadap lelaki berusia 47 tahun berasal dari Klang yang juga merupakan bekas anggota polis.

“Selain itu, seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang pegawai SAC yang terlibat menyebar maklumat sulit turut disiasat.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat sulit.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM1 juta atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, Ayob berkata, polis telah menahan dua lelaki di Batu Pahat antara pukul 7.25 petang hingga 3 pagi tadi kerana dipercayai bersubahat dengan suspek.

“Seorang membantu suspek mendapatkan kad SIM dan seorang lagi membantu suspek memotong gari. Turut dirampas adalah sepasang gari bersama pemotong besi,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semalam, Long Tiger yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu berjaya diberkas bersama seorang lelaki berperwatakan perempuan di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah. -SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button