Hiburan

Neelofa hamil anak kedua, enggan sahkan

SELEPAS dikurniakan cahaya mata sulung, selebriti merangkap usahawan, Neelofa menjadi bualan kalangan netizen apabila dia dikatakan mengandung anak kedua.

Spekulasi itu timbul gara-gara segilintir netizen Nampak baby bump di perut Neelofa walaupun wanita itu bertudung labuh mahupun bernikab.

Tajam sungguh pancaindera netizen dalam menskodeng kehidupan Neelofa yang bersuamikan pendakwah bebas, Hariz Ismail.

Menyedari dirinya menjadi bualan ramai atau dalam erti kata lain, centre of attraction, Neelofa nampaknya mengambil pendekatan berdiam diri.

Enggan mengiya atau menidakkan spekulasi yang ditebar ke atas dirinya, mungkin Neelofa ikut masa dan jika benar dia hamil anak kedua, pasti perubahan bentuk atau fizikalnya akan ketara.

Dan sehingga dia bersedia untuk tampil membawa perkhabaran baik itu, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Sementara itu, memetik laporan Media Hiburan, Neelofa tidak mahu berkongsi jika benar dirinya berbadan dua dan dia juga memilih untuk tidak menghebahkannya.

“Perkara yang belum pasti, bagi saya tak perlu hebahkan lagi, samlah macam perkawinan dan kelahiran, kita layan apa sahaja yang mereka komen dan hargainya.

“Kalau saya hamil sekali pun, apabila sudah nampak perut membesar itu maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi ‘just go with the flow’.
“Kalau hamil anak kedua, ketiga atau seterusnya ini juga pendirian saya,”katanya.

Neelofa juga minta peminatnya mendoakan yang baik-baik. – SM

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button