fbpx
BeritaRencah Hidup

Pengemis China pakai kod QR

Riak wajah mereka seperti orang Melayu. Bagaimanapun apabila diamati, mereka orang dari China yang tidak dapat dipastikan bangsanya.

Mereka juga tidak tahu berbahasa Melayu walaupun sepatah. Apa yang mereka bawa ialah sekeping nota menceritakan nasib malang yang menimpa anak perempuan mereka yang kini terlantar di China dan QR code untuk diimbas bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimanapun apabila saya cuba mengimbas kod QR, bimbang pula data peribadi saya akan dicuri. Apabila ditanya dia tidak faham dan hanya menunjukkan wang serta meminta diberi.

Pasangan itu saya terserempak ketika makan tengah di kawasan Tang Ling iaitu berhampiran dengan Taman Burung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu pihak berkuasa digesa supaya mengambil tindakan kerana dikhuatiri ia satu lagi taktik pelancong China yang masuk ke negara ini sebagai pelancong tetapi melakukan aktiviti penipuan dan meminta sedekah.


Bagaimanapun difahamkan di China pengemis menggunakan kod QR telah menjadi trend. Kod berkenaan digunakan bagi membuat pembayaran tanpa menggunakan wang secara fizikal.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button