fbpx
BeritaRencah Hidup

Pengemis cantik tanpa perawatan wajah tular

SERING diperkatakan tentang kecantikan semulajadi. Iaitu kecantikan tanpa solekan dan tanpa perawatan wajah

Sebuah posting salah seorang netizen menjadi sorotan dan viral di sosial media di Indonesia.

Dalam hantaran oleh akaun Pekalongan Indo, memperlihatkan beberapa foto seorang wanita muda yang disebut-sebut sebagai pengemis cantik.

Sejumlah netizen yang memberi komen kepada hantaran itu menyifatkan ia merupakan kecantikan semula jadi tanpa tanpa perawatan (skincare).

Dalam foto tersebut, terlihat wanita tersebut mencari rezeki dengan meminta sedekah sambil menggendong seorang bayi di pinggangnya.


Pakaian yang dikenakan oleh kedua-duanya memang lusuh, tetapi kecantikan wanita muda itu tetap terserlah walaupun agak comot.

Di Indonesia sering kali juga ditemukan wanita cantik yang menjual jamu gendong, iaitu jamu yang dibancuh mengikut keperluan pelanggan.

Show More

Related Articles

Back to top button