Hiburan

Cubit siapa yang kata saya kaya cepat – Wawa Zainal

SEJAK kes Shuib menjadi perhatian, ramai yang mula curiga dengan selebriti tempatan mempamerkan kehidupan mewah.

Malah, pelakon, Aeril Zafrel yang memuat naik status penghargaan terhadap isterinya juga turut menerima tempias yang sama.

Gambar sebuah kereta berjenama mewah yang menjadi latar belakang gambar pasangan itu yang menjadi perhatian netizen.

Rata-rata di antara mereka meminta supaya Aeril dan isterinya, Wawa Zainal supaya berhati-hati supaya tidak menjadi seperti yang sedang berlaku ke atas seorang selebriti tempatan.

Mungkin terkesan dengan komen tersebut, Wawa pada hari ini memuat naik kapsyen di akaun Instagram miliknya berkaitan kejayaan yang mereka kecapi kini.

Menurut Wawa, apa yang mereka miliki kini sebenarnya bukan datang secara tiba-tiba, sebaliknya mereka bersusah payah dan beberapa kali jatuh sebelum berjaya.

“Susan kan hendak kurus? Macam itu juga la dengan kejayaan. Bukan hari ini buat esok terus kaya.

“Wawa dan Aeril pun berniaga dah lama. Jual baju pernah, jual tudung pernah, jual kanta lekap sehinggalah ke produk Wawa Cosmetics sekarang.

“Sejak 2016 dan masa empat tahun itu bukan sekejap. Pernah jatuh, bangun balik.

“Siapa kata Wawa kaya segera, cubit dia,” katanya.

Menurut Wawa, dia menolak jika ada mengatakan dirinya kaya sebaliknya apa yang dicapai sekarang sudah cukup memadai buat dirinya dan pasukannya.

Bahaya sekarang ini, banyak mata yang memerhati. Kalau dulu, artis pakai kereta mewah adalah sesuatu yang biasa.

Tetapi sekarang nak tunjuk kereta mewah pun dah risau. Maklumlah, takut dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak elok. -SM

(Visited 645 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button