Nasional

Pengeluaran RM10,000 daripada KWSP tidak jejas simpanan

PENGELUARAN sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum yang mempunyai jumlah itu tidak jejaskan simpanan.

Ini kerana, simpanan dalam KWSP adalah bersifat caruman dan pelaburan yang mempunyai dividen setiap tahun.

Malah, kadar caruman selama lima tahun bagi pencarum berpendapatan sekurang-kurangnya RM1,200 sudah cukup untuk menampung semula jumlah yang dikeluarkan itu.

Jangkaan tersebut diyakini berdasarkan dasar kerajaan yang sudahpun menetapkan kajar gaji minimum baharu secara tidak langsung dapat membantu pencarum.

Oleh demikian pencarum diyakini dapat menambah kembali simpanan mereka selepas krisis pandemik Koronavirus (Covid-19) berakhir.

“Keadaan sudah berubah sekarang di mana kita sudah ada gaji minima RM1,200. Mari kita buat pengiraan mudah:

“Kadar caruman KWSP untuk majikan = 13 peratus (12 peratus bagi mereka yang gaji bulanan melebihi RM5,000)

“Kadar cauruman KWSP untuk pekerja = 11 peratus (tapi telah dikurangkan ke tujuh peratus bagi tahun ini)

“Menjadikan kadar caruman KWSP bagi pekerja bergaji bulanan RM5,000 ke bawah sebanyak 24 peratus.

“Maka dalam setahun:

– Jumlah simpanan pencarum bergaji RM1,200 (gaji minima) = 23 peratus X RM1,200 X 12 bulan = RM2,419

– bergaji RM2,000 sebulan = 23 peratus X RM2,000 X 12 bulan = RM4,032

– bergaji RM3,000 sebulan = 23 peratus X RM3,000 X 12 bulan = RM6,048

“Maka simpanan KWSP dalam tempoh masa lima tahun sebelum mengira dividen tahunan atau kenaikan gaji adalah sebanyak:

– Gaji RM1,200 = RM12,096

– Gaji RM2,000 = RM20,160

– Gaji RM3,000 = RM30,240

“Sekejap saja, simpanan KWSP mereka mampu memulih jika ekonomi bertambah baik selepas Covid-19 dan negara dijaga oleh mereka yang bukan akauntan gagal atau tipu sijil.”

Demikian penjelasan diberikan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya hari ini berhubung pengeluaran daripada Akaun 1 KWSP.

Beliau berkata demikian menegaskan kemampuan kerajaan, KWSP dan pencarum apabila pengeluaran RM10,000 secara one-off bagi setiap pencarum dibenarkan.

Katanya lagi, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berhubung kerugian RM41 sebulan itu adalah tidak relevan.

Kerugian RM41 sebulan selama dua tahun itu adalah berdasarkan daripada gaji asas yang rendah sekitar RM550 sebulan sebelum kerajaan melaksanakan gaji minimum.

“Pada saya, kerugian pendapatan RM41 sebulan selepas bersara bagi mereka yang keluarkan RM10,000 sekarang tak seberapa membantu. Apa yang kita boleh beli dengan RM41 sebulan?

“Mereka yang ingin keluarkan RM10k sekarang adalah golongan yang faham mereka mempunyai baki simpanan yang cukup dan mereka yakin akan dapat menambah kembali simpanan mereka pada masa depan selepas krisis Covid berakhir,” katanya.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu menambah, pelaburan KWSP boleh dijana semula melalui projek kerajaan yang diberikan kepada badan itu berbanding kepada kroni.

Melalui itu juga, kadar caruman pencarum dapat dibuat dengan lebih cepat dan apabila bersara nanti, mereka akan mempunuyai simpanan yang cukup.

“Pertama, selepas Covid kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP.

“Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49% di dalam syarikat PLUS. Bukan diberikan kepada kroni.

“Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum.

“Ketiga, mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin ‘multi-tier dividend structure’

“Di mana baki simpanan yang lebih rendah akan terima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah,” jelasnya.

Terdahulu, Najib Razak mencadangkan pengeluaran KWSP secara one-off daripada Akaun 1 bagi membolehkan rakyat mengunakan simpanan mereka ketika menghadapi krisis ekonomi akibat pandemik. – SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button