NasionalNegeriTravel

Pemangku Raja rasmi ‘Perlis – The Undeniable Charm’ di Los Angeles

PEMANGKU Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan promosi ‘Perlis – The Undeniable Charm’ sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bersama para pemain industri pelancongan bagi pasaran Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Seramai 28 wakil daripada kalangan agensi pelancongan, syarikat penerbangan, media serta ‘influencers’ di Los Angeles menghadiri sesi rangkaian industri yang diadakan di Tingkat 9, 777 Tower, Figueroa Street, Los Angeles, California.

Ia anjuran Pejabat Tourism Malaysia Los Angeles dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menunjukkan masakan Kurma Daging Perlis sempena Promosi Makanan Perlis di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda bongsu Baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Anil Fahriza Adenan serta Naib Presiden Tourism Malaysia Los Angeles, Akbal Setia selaku tuan rumah.

Semasa bertitah, Pemangku Raja Baginda menzahirkan sokongan padu untuk sebarang pelaburan oleh para pelabur yang percaya bahawa eko-pelancongan akan menjadi satu trend pelancongan di masa hadapan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen pada promosi ‘Perlis – The Undeniable Charm’ sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Akbal dalam taklimat pula memaklumkan bahawa antara yang menarik perhatian sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 adalah destinasi dan produk eko-pelancongan yang ada di negeri tersebut seperti Wang Kelian, Gua Kelam, Bukit Keteri, Tasik Timah Tasoh serta lokasi strategiknya yang berdekatan dengan Langkawi serta Pulau Pinang.

Perlis merupakan destinasi menarik untuk pengembaraan eko dan alam semula jadi.

“Kami sangat teruja untuk mempamerkan tarikan pelancongan yang indah dan unik Perlis sebagai langkah penting dalam meletakkan negeri ini sebagai destinasi baharu yang mesti dilawati di Malaysia untuk pelancong Amerika Syarikat, terutamanya bagi mereka yang melawat Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

“Perlis merupakan sebuah negeri di Utara Malaysia yang mempunyai bentuk muka bumi yang menarik dan keunikan tersendiri,” jelas beliau.

Para hadirin juga turut dihidangkan dengan masakan istimewa Kurma Daging Perlis sempena Promosi Makanan Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis serta beberapa lagi jenis masakan tradisional Malaysia yang lain.

Untuk rekod, Tourism Malaysia merekodkan lebih 7 juta kemasukkan pelancong antarabangsa ke Malaysia pada 2022 dan menyasarkan 16.1 juta pula untuk kemasukan pelancong antarabangsa yang melibatkan jumlah RM49.2 bilion dalam penerimaan industri pelancongan untuk tahun 2023 ini ke Malaysia. – SM

BACA Agensi, syarikat swasta digalakkan majukan pelancongan Perlis

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button