Nasional

Datuk Mardzuki dilantik sebagai Naib Canselor UPNM

YBHG. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Panglima Medan Timur Tentera Darat telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) yang baharu berkuat kuasa mulai 19 Jun 2023.

Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau yakin mampu memperkasakan sistem pembelajaran yang komprehensif dan latihan yang berorientasikan pertahanan sebagai tunjang utama dalam pendidikan UPNM bagi melahirkan graduan yang berkualiti.

Kementerian Pendidikan Tinggi yakin dengan pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UPNM ke-7 boleh meningkatkan kerjasama bersama industri, institut pengajian tinggi, pemegang taruh dan agensi kerajaan.

Dengan kerjasama ini, sedikit sebanyak dapat membangunkan teknologi pertahanan terkini serta inovasi keselamatan sekaligus memacu kecemerlangan pembangunan pendidikan tinggi negara. -SM

Baca juga : SPRM tahan ahli perniagaan berhubung pengubahan wang haram

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button