Nasional

Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar bermula 1 Januari

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenarkan mengeluarkan simpanan Akuan 1 mereka melalui i-Sinar.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memuktamadkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 yang akan diumumkan pada 18 November 2020.

Menurutnya, i-Sinar boleh diekses bersama-sama dengan i-Lestari yang sebelum ini dibenarkan pengeluaran maksimum RM500.

“i-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa kerajaan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 sekaligus daripada Akuan 1 KWSP.

Cadangan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat terutama mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang berhadapan dengan tekanan ekonomi akibat Covid-19.-SM

 

 

(Visited 1,671 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button