Nasional

Pengecualian gaji minimum baharu sektor hotel, jejas pekerja tempatan

PETALING JAYA: Pekerja tempatan akan paling terjejas akibat pengecualian sementara bagi hotel daripada syarat membayar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan, kata kesatuan pekerja hotel.

Setiausaha Agung kesatuan itu Rusli Affandi berkata Putrajaya melakukan kesilapan.

Beliau berkata pengecualian itu adalah regresif, datang selepas perjuangan selama lapan tahun kesatuan itu untuk mendapatkan gaji minimum yang perlu dibayar oleh hotel.

Rusli mengetuai Kesatuan Kebangsaan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata sebahagian besar pekerja hotel merupakan rakyat tempatan dan akan menjadi yang paling terkesan dengan pengecualian itu.

Polisi gaji minimum telah dikenakan ke atas hotel melalui keputusan mahkamah perindustrian pada tahun 2004. Gaji minimum ketika itu ialah RM900 (Malaysia Barat) dan RM800 (Malaysia Timur).

Gaji minimum baharu RM1,500 sebulan akan dilaksanakan mulai 1 Mei. Bagaimanapun, ladang, hotel dan syarikat pelancongan, serta firma yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, akan dikecualikan buat sementara waktu, kata menteri sumber manusia M Saravanan pada Rabu.

Dasar baharu itu akan mengecualikan sektor tidak formal dan mereka yang mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19, katanya.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia memberitahup bahawa tidak mungkin terdapat dua set gaji minimum yang berbeza jika kerajaan mahu semua industri pulih dengan baik.

“Pengecualian sektor hotel dan pelancongan daripada gaji minimum baharu mungkin mendorong pekerja ke arah sektor lain, sekali gus menyukarkan kedua-dua sektor ini untuk pulih,” kata timbalan presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani.

Effendy menggesa kerajaan untuk terlibat dengan semua sektor, dengan mendakwa bahawa komunikasi daripada menteri sumber manusia mengenai pelaksanaan gaji minimum baharu adalah bersifat unilateral.

Dalam satu kenyataan berasingan baru-baru ini, MTUC berkata ia akan menunggu kerajaan mewartakan perintah gaji minimum baharu sebelum memutuskan langkah seterusnya. “Jika pengecualian itu dilaksanakan, MTUC berhak mengambil tindakan,” kata Setiausaha Agungnya Kamarul Baharin Mansor.

 

(Visited 620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button