fbpx
Luar Negara

Pengawal peribadi positif Covid-19, Maradona dikuarantin

LAGENDA bola sepak Diego Maradona menjalani kuarantin di rumahnya di Argentina semalam selepas seorang pengawal peribadinya mempunyai gejala Covid-19.

Menurut publicist akhbar Maradona, Sebastian Sanchi, pengawal peribadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia Esgrima La Plata akan menjalani ujian saringan esok untuk mengesahkan jika dia dijangkiti Covid-19.

Jika dia disahkan positif, Maradona perlu jalani ujian swab (untuk virus itu), katanya kepada agensi berita Xinhua.

Maradona yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-60 tahun Jumaat ini disahkan negatif Covid-19 pada awal bulan ini. – SM

 


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button