Nasionalpilihan

Pengawal keselamatan temui ajal ketika pulang bekerja

SEORANG pengawal keselamatan berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah pondok awam di Jalan AU2/12 Taman Keramat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira pukul 6.47 pagi tadi.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang lelalki berusia 55 tahun dan bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang berhampiran

“Mangsa dipercayai telah berehat seketika di pondok berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya kerana masalah kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, keputusan bedah siasat juga menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.


Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. -SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button