Nasional

Pengawal keselamatan ditemukan maut disyaki mangsa bunuh

SEORANG pengawal kesalamatan ditemukan maut oleh isterinya di dalam sebuah bilik yang disewa di Lorong Ceylon, Bukit Bintang, hari ini.

Difahamkan, mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 4.15 pagi tadi dengan kesan lebam di pergelangan tangan dan dahi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa telah menyewa bilik dengan menggunakan nama seorang kenalannya.

“Terdapat kesan lebam di pergelangan tangan dan dahi dan mangsa dipercayai dibunuh.

“Buat masa ini, kita telah menahan seorang lelaki berusia 20-an untuk membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran. -SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button