Hiburan

Kau Cantik single Edrie Hashim feat Bunyi.fx

PERUBAHAN masa dan arus industri seni dan hiburan tanah air memerlukan para pengkarya lebih  bersifat kreatif dan bukan bersandarkan kepada populariti seseorang itu untuk diterima dalam arus perdana.

Sementelah nama Edrie Hashim cukup popular sebagai produser, komposer dan gitaris tanah air, itu bukan menjadi jaminan untuk single bertajuk Kau Cantik diterima oleh para penggemar muzik di Malaysia.

Namun untung sabut, timbul dan kalau untung batu, tenggelam, Kau Cantik mempunyai kekuatannya yang tersendiri untuk menggamit halwa telinga pendengar muzi.

Itulah judul single Edrie Hashim featuring Bunyi.fx yang dianggotai oleh Alep Redza dan Izzi Darmaya sebagai vokalis dan juga merupakan gitaris bersama dengan Ammar Az yang juga bertindak sebagai penyanyi dan pemain bass dalam kumpulan indie ini.

Bagi peminat muzik underground atau yang sering mengikuti perkembangan muzik indie, Bunyi.fx juga dikenali dalam kalangan pemuzik jalanan atau buskers dan mereka aktif busking di sekitar Klang Valley.

Selain banyak membuat persembahan termasuk korporat dan majlis-majlis makan malam serta majlis resepsi, berkolaborasi dengan Edrie merupakan satu penghormatan buat kumpulan ini.

Mengenali Edrie, beliau tidak pernah betah di rumah sebaliknya ketika negara dilanda Covid-19, otak beliau ligat berfikir untuk melakukan sesuatu bagi membantu artis dan para pemuzik yang terkesan dengan persembahan yang tidak dapat dilakukan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di bawah syarikat rakaman Neogendang, Edrie dan Bunyi.Fx telah melunaskan lima sesi video dan penggambaran dilakukan dalam tempoh lima hari.

Hasilnya, nah! Kau Cantik dizahirkan dengan melodi sentuhan Edrie manakala lirik, hasil nukilan bersama Alep Redza, Ammar Az, Izzi Darmaya dan juga Edrie sendiri.

Kau Cantik berkonsepkan Modern Lo Fi Pop dan pastinya ada jalan cerita disebalik lirik yang dihasilkan. Ya, ia mengisahkan tentang kemurungan.

Video Music Rasmi Kau Cantik telah dilancarkan secara rasmi di saluran Youtube Life Records Malaysia pada 25 Jun lalu,  jam 8 malam dan pendengar boleh mendengar lagu ini di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. – SM

BACA Edrie Hashim bawakan Open Jam Session: Hub hiburan artis tempatan

Artikle Berkaitan:>

Edrie Hashim bawakan Open Jam Session: Hub hiburan artis tempatan

Ibu Edrie Hashim meninggal dunia

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button