Nasional

Dua kedai di Kuching di kompaun RM1,000

INGKAR prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak menyediakan senarai keluar masuk pelanggan atau QR code dan tidak melakukan penjarakan sosial.

Dua premis tersebut yang beroperasi di Pusat Komersial Moyan Square, Jlan Tondong Batu Kawa, Sarawak akhirnya dikompaun sebanyak RM1,000.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua pemilik premis itu sudah beberapa kali dinasihatkan sebelum tindakan diambil.

“Kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu di bawah Peraturan 10 (Arahan Ketua Pengarah Kesihatan) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) Peraturan 2020,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Menurut Aidil, kompaun pertama dikeluarkan pada semalam kira-kira pukul 11.30 pagi di sebuah premis kedai runcit di tingkat bawah pusat komersial tersebut.

Kompuan kedua pula pada sebuah premis perniagaan menjual daging segar juga di pusat komersial sama.

Tambahnya, kedua-dua pemilik premis berkenaan juga bersetuju menerima tawaran kompaun yang perlu dibayar dalam tempoh 14 hari berkerja iaitu sehingga 27 Jun 2020. – SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button