Hiburan

Waris lagenda kongsi suka duka dalam industri seni

Program Seloka Lagenda yang berlangsung di Grand Barakah Hotel Ampang pada 13 Oktober lalu, telah menghimpunkan anak-anak dan waris dari industri seni bagi berkongsi pengalaman menjadi seorang anak kepada seniman dan seniwati sehingga mewarisi bakat.

Berkonsepkan bual bicara ‘Ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi’, objektif program ini mengangkat dan menggerakkan aktiviti anak seni melalui ikon lakonan, muzik dan tarian sebagai usaha mengenali lebih dalam bintang serta tokoh seni negara.

Pengerusi PEMEKAR, Amran Nasrudin, dia sangat teruja apabila program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang hangat dari badan korporat kerajaan dan orang ramai yang hadir pada malam tersebut.

Antara yang terlibat

‘’Alhamdulillah sambutan pada malam berlangsungnya program itu sangat memberansangkan lebih dari jangkaan yang kami, seramai 500 orang telah memeriahkan dan badan-badan kerajaan berkaitan dengan bidang seni juga turut hadir bagi menyokong usaha ini.

Beliau juga berharap agar program seperti ini kerajaan terus menyokong usaha dengan bantuan kewangan demi mertabatkan seni negara.

‘’Di harap pihak kerajaan terus memandang usaha murni ini dan menyalurkan kewangan kepada kami agar kami boleh melakukan program seperti ini sekali lagi’’. Jelasnya.

Antara yang terlibat dalam Program ini adalah Fauziah Dato Ahmad Daud iaitu waris Seniwati Saadiah dan Ahmad Daud,Dilla dan Fairuz Husain waris Seniman Husain Abu Hasandan Seniwati Mahyon Ismail, Hairi Kool waris keluarga Sophia Ibrahim dan OsamaYamani waris Dato’ Jamal Abdillah.

Artikle Berkaitan :>

Seloka Lagenda mengimbau kenangan industri hiburan pada tahun 50an 

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button