Nasional

Syed Alif Rikiman mahu bawa suara belia Perak pacu kemajuan negeri

MENGGEMBLENG suara belia Perak untuk sama-sama memacu kemajuan negeri merupakan aspirasi calon Dewan Belia Perak sesi 2023/2024, Syed Alif Rikiman Syed Alwi.

Syed Alif Rikiman bertanding di Dewan Belia Perak DUN Pangkor.

Tegas pemimpin muda berwawasan tinggi ini lagi, beliau mahu memacu gerakan belia selari dengan aspirasi kerajaan negeri bagi membantu dalam mencapai ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (RMK-13).

“Bagi memajukan Pangkor, iltizam saya ialah untuk memperkukuhkan lagi status sebagai pulau bebas cukai, menjadi destinasi pelancongan mesra pengunjung dengan visi dan misi negeri Perak khususnya menyuntik kemajuan Parlimen Lumut.

“Ini secara tidak langsung memberikan kebaikan serta manfaat yang besar dalam bentuk ekonomi pelancongan supaya dirasai segenap lapisan masyarakat terutama generasi muda,” ujarnya.

Sementara itu seramai 300 calon dijangka akan berdaftar mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pemilihan Dewan Belia Perak sesi 2023/2024.

Ini bagi memilih 59 orang bagi mengisi kerusi Dewan Belia Perak yang akan bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pendaftaran telah dibuka bermula 25 Ogos hingga 8 Sept lalu manakala bagi sesi pendaftaran pengundi pula pada 25 Ogos hingga 29 Sept ini.

Belia di Perak akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi perwakilan pada 30 September hingga 1 Oktober ini.

Penganjuran Dewan Belia Perak adalah usaha kerajaan negeri mengangkat suara dan martabat belia di negeri ini.

Melalui platform itu, para perwakilan mempunyai ruang sebaiknya untuk membahaskan isu berkaitan kepentingan belia, rakyat dan negeri serta melontarkan idea yang baru yang bersifat luar biasa. -SM

Baca : Yuran pembayaran DuitNow QR tidak seharusnya membebankan rakyat

 

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button