Politik

Barisan Exco diperkecil bagi tingkat prestasi, kerja lebih kuat – MB Perlis

PERIKATAN Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan memilih untuk mengecilkan barisan Exconya kerana yakin ia akan mampu meningkatkan prestasi sekaligus bekerja lebih kuat ke arah “Perlis Baharu”.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, saiz Exco yang kecil juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Persiaran Wawasan di sini selepas Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah enam Exco di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Sebelum ini semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah ia dibarisi oleh sembilan Exco.

Mohd Shukri berkata, terdapat 33 portfolio yang bakal dipikul oleh kesemua Exco di mana beliau sendiri memegang enam portfolio.

Mohd Shukri berkata, setakat ini pihaknya belum memutuskan pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun katanya, apa yang pasti akan berlaku pelantikan Speaker yang baharu.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, Mesyuarat Exco pertama akan diadakan pada 29 November ini.

Bagaimanapun katanya, tempatnya belum dapat ditentukan sama ada di Kangar atau Kuala Lumpur.

Katanya, kebetulan tarikh berkenaan juga akan turut berlangsung Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Mohd Shukri berkata, beliau akan mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail terlebih dahulu berhubung mesyuarat Exco ini.- SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button