Jenayah

Pengarah syarikat didakwa palsukan kertas pembaharuan lesen

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen dalam permohonan pembaharuan lesen daripada syarikat minyak dan gas empat tahun lalu.

Mohd Yusof Ab Rahman, 55, dari Aker Engineering Malaysia, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Yusof didakwa telah mengemukakan dokumen mengenai penyata tahunan Aker Engineering untuk 2017, bertarikh 19 Mei 2017, yang digunakan untuk menyokong permohonan syarikat itu untuk pembaharuan lesen kepada syarikat minyak dan gas.

Mengikut pertuduhan, maklumat dalam dokumen itu menyatakan tertuduh bukanlah pemegang amanah Aker Engineering, tetapi dia mempunyai sebab untuk mempercayai ia adalah palsu kerana dia sebenarnya pemegang amanah syarikat itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Berkembar Petronas di sini pada 26 April 2018.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama.

Yusof, yang berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 25 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Law Chin How, manakala S Devanandan mewakili Yusof.

 

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button