Nasional

Pengarah syarikat didakwa lakukan pecah amanah libatkan kerugian RM1.6 juta

SEORANG pengarah syarikat didakwah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah) membabitkan nila keseluruhan kerugian berjumlah RM 1.6 Juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, dalam pertuduhan tersebut, tertuduh telah didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan melakukan 2 transaksi bernilai RM 1 Juta dan RM 600,000 melalui cek milik syarikat untuk kegunaan peribadi.

“Tertuduh, Wong Toon Weng, 59 tahun, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

“Jika disabitkan, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau boleh dikenakan denda,” katanya.

Tambahnya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM 30,000.00 dan tarikh sebutan kes
ditetapkan pada 29 Oktober 2021. -SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button