Nasional

Pengarah Profound Radiance tegaskan Ahmad Zahid tidak pernah minta sumbangan

SAKSI ke-38, kes rasuah melibatkan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Azlan Shah Jaffril, berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak pernah meminta apa-apa sumbangan kepada beliau.

Azlan Shah, 49, yang merupakan Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd dalam keterangan bertulis kepada mahkamah menyatakan RM2 juta yang diberikan kepada Lewis & Co merupakan sumbangan untuk kebajikan dan sumbangan politik.

“Saya menyatakan bahawa saya beranggapan Lewis & Co adalah trustee lawyer kerana mengikut pemahaman saya, mana-mana parti politik, pertubuhan politik atau yayasan sebenarnya mempunyai trustee lawyer.

“Saya menyerahkan sumbangan menyerahkan sumbangan tersebut kepada Datuk Seri Ahmad Zahid kerana beliau pada ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga TPM yang bertanggungjawab mencari dana untuk pilihanraya umum yang akan datang,” kata Azlan Shah.

Dalam keterangan kepada Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun, Azlan Shah mengesahkan cek pertama bernombor 105749 dan berjumlah RM300,000 merupakan sumbangan kebajikan.

Cek kedua bernombor 105733 dan bernilai RM1,000,000 merupakan sumbangan politik dan cek bernombor 105792 dan berjumlah RM700,000 merupakan sumbangan kebajikan.

“Datuk Seri Ahmad Zahid tidak pernah meminta kepada saya apa-apa sumbangan dan saya memberikan cek tersebut adalah merupakan sumbangan dari pihak Profound Radiance Sdn Bhd,” kata Azlan Shah.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada Azlan Shah sebagai dorongan untuk melantik syarikat tersebut mengendalikan pusat sehenti (OSC) pekerja Pakistan dan Nepal.

Perbicaraan bersambung petang.-SM

 

 

 

(Visited 639 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button