Rencah Hidup

Dua ekor sotong goreng berharga RM100 di kedai nasi kandar

SOTONG memangnya sedap dan menjadi kegemaran ramai. Namun berhati-hati jika mengambil sotong di restoran nasi kandar kerana harganya boleh mencecah RM50 seekor.

Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna yang dikenakan bayaran sebanyak RM100 bagi dua ekor sotong goreng yang diambilnya ketika mahu makan malam.

Berdasarkan resit yang dikongsi di media sosial kejadian berlaku di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang yang terletak di Cambell Street, Georgetown semalam.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah smpai RM100,” katanya.

Selain sotong, dia turut dikenakan bayaran RM2.00 bagi timun dan RM3.00 untuk papadom kecil.

Perkongsian yang dibuat di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna internet.

“Cekek darah nak mampuih , punya mahai gila. Nak cepat kaya la depa ni,” kata Farah Dina Johari.

“Ikut la jejak macam kat Langkawi! Kalau dulu kat Penang meja dah kena teyrapp (terbalik) dah!” komen Faradik Abd. Rahman.

“Kaww naa bro. Dulu nak jimat duit makan nasi selalu, sekali sekala makan McD ka pizza. Lani nak sep (jimat) duit makan fast food jangan makan kedai mamak. Orang tua KFC pun tak sezalim mamak nasi kandar la,” tamha Mahadhir Ismail.

“Sotong kayangan. Kena report,” nasihat Sharifah Noor Azah Al-Shahabuddin.

“Sotong ni dok satu kolam dgn siakap kat Langkawi,” gurau Ramizah Ramli.-SM

(Visited 970 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button